LOS ANGELES: Bintang pop antarabangsa, Dua Lipa, 30, mengejutkan ramai pihak dengan keputusannya yang secara tiba-tiba memecat pengurusnya, David Levy.
Lapor The Mail Sunday yang memetik sumber dalaman, pemecatan Levy dibuat susulan penglibatannya yang cuba menyekat kumpulan rap pro Palestin, Kneecap membuat persembahan sempena acara muzik besar-besaran Glastonbury di United Kingdom.
Levy dikenal pasti antara individu yang menandatangani surat yang ditulis untuk mendesak penganjur, Michael Eavis menggugurkan kumpulan itu daripada senarai artis yang membuat persembahan pada festival berkenaan.
Surat tersebut bagaimanapun tersebar dan ditolak ramai pihak sekaligus membolehkan Kneecap meneruskan persembahan mereka di acara itu.
Susulan itu juga Lipa serta merta menamatkan perkhidmatan Levy selaku pengurusnya.
“Lipa menganggap Levy sebagai penyokong kepada perang yang dimulakan Israel di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
“Perkara itu bertentangan dengan pendirian Lipa yang mengutuk kekejaman terhadap rakyat Palestin,” kata sumber berkenaan.