PETALING JAYA: ShopeePay mengumumkan pelancaran dua pelan insurans kemalangan diri baharu hasil kerjasama dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Inisiatif ini selaras dengan misi ShopeePay, iaitu ‘Akses Kewangan Dipermudah’, yang bertujuan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Ditawarkan pada harga RM50 dan RM75, kedua-dua pelan ini layak untuk Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kerajaan, yang menyediakan subsidi sebanyak RM30 kepada dua juta penerima…