MELAKA: Seramai 92 peniaga kecil di Pantai Puteri di sini mendesak proses perpindahan ke tapak sementara termasuk pemilihan penganjur dibuat secara telus. Menurut mereka, ia termasuklah menerusi perbincangan bersama Persatuan Peniaga Pantai Puteri Melaka (PPPPM). Pengerusinya, Mohd. Nizam Ithnin berkata, kesemua peniaga akur untuk berpindah demi keselamatan dan kelestarian kawasan pantai namun segala keputusan dilihat hanya melibatkan sebelah pihak. Katanya, persatuan telah menghantar surat masing-masing kepada bahagian perlesenan Majlis Bandaraya…