Seludup dadah ke Sabah, Sarawak guna kurier - Utusan Malaysia

Seludup dadah ke Sabah, Sarawak guna kurier

HUSSIEN Omar Khan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sindiket dadah dikesan menjadikan perkhidmatan kurier sebagai modus operandi terbaru mengedar bahan terlarang ke seluruh negara, termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia menjadi pilihan sindiket kerana ia dianggap lebih ‘selamat’ dan sukar dikesan.

“Kita akui berlaku peningkatan dadah berkait dengan penggunaan perkhidmatan kurier. Kita tidak menolak kemungkinan ada dadah dari Kelantan di hantar ke sabah atau Sarawak guna kurier.

“Jadi kita (polis) akan berpakat dengan syarikat kurier untuk memperketatkan lagi prosedur perkhidmatan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Hussien Omar memberitahu, tindakan itu bertujuan supaya perkhidmatan kurier tidak mudah digunakan untuk menghantar barang terlarang tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, taktik licik sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perkhidmatan kurier terkongkar selepas kegiatan itu dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dalam serbuan di Pengkalan Chepa, di sini pada 15 Julai lalu.

Lebih mengejutkan, pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM201,000 ditemukan dalam bungkusan coklat dan gula-gula bertujuan mengelirukan mata pihak berkuasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN