PETALING JAYA: Kerajaan yakin sektor ekonomi digital mampu menyumbang 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang tahun 2030. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya melihat sasaran itu sebagai sesuatu yang boleh dicapai, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan sasaran ekonomi digital untuk menyumbang 25.5 peratus daripada KDNK tahun ini. Malah katanya, negara menjangkakan lebih banyak pelaburan dalam ekonomi digital pada masa akan datang.…










