ARAU: Penganjuran pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaan sepanjang tempoh bulan kebangsaan oleh Sekolah Tengku Budriah (STB) di sini, adalah bagi memupuk semangat patriotisme bermula di peringkat kanak-kanak. Guru Besar STB, Nor Zaitun Ibrahim berkata, sepanjang bulan kebangsaan, pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan kemerdekaan seperti hiasan kelas, replika kenderaan, pengisahan kisah-kisah sejarah, hari terbuka makanan tradisi dan pelbagai lagi. Katanya, setiap program dan aktiviti yang diadakan itu adalah bagi menerapkan nilai-nilai…