Saya terima kecaman, tetapi kekal pendirian 'child seat' amat penting

Saya terima kecaman, tetapi kekal pendirian ‘child seat’ amat penting – Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terbukti mampu mengurangkan risiko kecederaan serius atau kematian dalam kemalangan jalan raya.

Justeru, beliau menerima dengan hati terbuka kritikan dibuat segelintir pihak susulan kenyataannya berhubung isu penggunaan CRS semalam.

“Sebagai menteri, apa saja kita buat akan dikritik. Jadi saya tak apa, saya sabar. Nak kecam atau nak marah tak apa, saya boleh terima.

“Cuma saya kekal dengan pendirian dan nak mengingatkan bahawa pentingnya CRS kepada kanak-kanak. Anda boleh kritik saya, boleh kecam saya tetapi jangan lupa kalau ada kanak-kanak dalam kereta, tolong lah pasang CRS demi keselamatan kanak-kanak tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan segelintir pihak susulan kenyataannya berhubung insiden kemalangan maut membabitkan kanak-kanak berusia setahun di di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu.

Semalam, Loke menjelaskan, hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati bayi berusia setahun yang maut akibat kemalangan itu kerana tidak diletakkan dalam kerusi CRS.

Menurutnya, ketiadaan penggunaan CRS menyebabkan bayi itu tercampak keluar dari kenderaan dan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Dalam perkembangan sama, Loke menjelaskan pihaknya akan mempergiatkan kempen kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak di jalan raya, termasuk penggunaan CRS sebagai keperluan asas setiap keluarga.

Dalam kejadian membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang itu, seorang bayi berusia setahun maut, manakala lapan lagi cedera.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, pemandu lori yang terbabit kemalangan berkenaan mengaku melompat keluar dari kenderaan berat itu yang didakwa mengalami masalah brek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN