PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui wujudnya usaha sedang digerakkan pihak pembangkang untuk memancing rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN). Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri itu beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini adalah bersifat peribadi. “Kita rasa kenyataan daripada Timbalan Presiden Pas adalah kenyataan peribadi beliau. “Walaupun saya tahu ada usaha-usaha yang dijalankan mereka (Perikatan Nasional)…










