PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi belum menerima surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung pemecatannya daripada parti itu. Ahmad Zahid ditanya mengenai dakwaaan kononnya Khairy menghantar surat rayuan kepada UMNO berhubung pemecatannya daripada parti itu pada baru-baru ini. “Belum, saya belum terima lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi Dialog Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, semalam. Difahamkan, surat rayuan berkenaan…