KUCHING: Sarawak sedang meneliti kemungkinan untuk melesenkan kucing sebagai sebahagian daripada usaha mengekang rabies. Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, langkah itu bagaimanapun memerlukan pindaan kepada undang-undang sedia ada, yang pada masa ini hanya memperuntukkan pelesenan anjing. “Bukan kerana kita mahu mengutip yuran tetapi kerana kita mahu mempunyai data yang betul untuk membolehkan kita mengetahui berapa banyak kucing yang ada, di mana mereka berada dan corak pemilikan,”…