ALOR SETAR: Pas kekal dengan pendirian untuk tidak akan menamakan calon Perdana Menteri daripada parti itu buat masa ini, namun menyatakan pemimpin mereka akan menggalas tanggungjawab besar itu tidak lama lagi. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kaedah Pas tetap seperti sebelum-sebelum ini iaitu berusaha untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) terlebih dahulu dengan matlamat menambah bilangan kerusi Parlimen. Katanya, Pas juga tidak pernah mengusulkan mana-mana pemimpin untuk…