Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahmat, Johor baru-baru ini mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan 2025 dengan pelbagai pengisian menarik untuk murid-murid.
Guru Besarnya, Razak Ithnin berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah kemerdekaan negara selain menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang mempamer dan memupuk semangat cintakan negara.
Katanya, sepanjang bulan Ogos hingga September diadakan pelbagai aktiviti berkaitan kemerdekaan di bawah kelolaan lima panitia utama iaitu Panitia Bahasa, Panitia Seni, Panitia Muzik, Panitia Sejarah dan Panitia Reka Bentuk & Teknologi (RBT).
“Diharapkan seluruh warga sekolah dapat menjayakan dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat sekolah dan komuniti.
“Aktiviti ini dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga SK Bukit Rahmat dalam menghargai jasa serta pengorbanan pejuang kemerdekaan melalui penghayatan sejarah,” ujarnya. – UTUSAN