KOTA KINABALU: Saksi inkues kelima, Inspektor Maidon Bernados dari Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah tiba di Mahkamah Koroner bersama patung yang digunakan dalam simulasi jatuhan berkait kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir. Pegawai polis itu diminta untuk membawa patung berkenaan oleh peguam, Datuk Ram Singh bagi melihat sendiri kerosakan yang terdapat pada patung berkenaan selepas digunakan dalam simulasi tersebut. Prosiding inkues itu memasuki hari kelima…










