Sabronzo sah isteri Dash Berlin, kahwin di Bali - Utusan Malaysia

Sabronzo sah isteri Dash Berlin, kahwin di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bukan di Kelantan, tetapi majlis resepsi perkahwinan penyanyi dan anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, dengan suaminya, DJ Dash Berlin, kononnya telah berlangsung di Bali, Indonesia.

Dikhabarkan, perkahwinan tersebut berlangsung dalam suasana penuh privasi melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Menerusi gambar yang dikongsikan warganet di media sosial sejak malam tadi, Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, dilihat mengenakan gaun pengantin moden berwarna putih.

Sabronzo juga dilihat tersenyum ceria pada hari bahagianya itu bersama suami tercinta di sisi.

Difahamkan, Sabronzo juga telah berada di pulau peranginan popular Indonesia itu sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Sabronzo menyatakan dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan berumah tangga pada usianya sekarang.

Kata Sabronzo, dia juga menginginkan keseimbangan hidup dengan memiliki suami dan anak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN