RM1 billion naik taraf air Kelantan

RM1 billion naik taraf air Kelantan

JASENI Maidinsa (duduk kanan) membuka paip air sempena Majlis Ramah Mesra Santuni Madani Bersama PAAB sempena pembinaan tangki air baharu di Kampung Lubok Simpul, Mukim Pahi, Kuala Krai, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Pengurusan Aset Air Bersih (PAAB) memperuntukkan kira-kira RM1 billion kepada Kelantan untuk kerja-kerja penggantian paip uzur, pembinaan loji rawatan air (LRA) dan sistem agihan bekalan air di seluruh negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Jaseni Maidinsa berkata, peruntukan besar itu merangkumi pembinaan LRA baharu di Machang dan Tanjung Mas (Kota Bharu) bernilai RM600 juta dengan berkapasiti air sebanyak 120 juta liter sehari.

Katanya, baki peruntukan sebanyak RM400 juta digunakan untuk kerja penggantian paip uzur sepanjang 330 kilometer dan sistem agihan serta tangki bekalan air.

“Semua projek sedang dirancang dan dilaksana secara berperingkat serta  dijangka siap sepenuhnya pada 2030. Projek ini bertujuan menaik taraf sistem bekalan air di negeri ini untuk mengatasi masalah tekanan air rendah dan meningkatkan margin rizab air terawat,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Santuni Madani Bersama PAAB sempena pembinaan tangki air baharu berkapasiti 4,500 liter juta di Madrasah Kampung Lubok Simpul, Mukim Pahi, di sini hari ini.

Jaseni berkata, sebelum ini PAAB sudah melaksanakan projek pembinaan LRA Bukit Cupak, Gua Musang bernilai RM47.9 juta bermula November 2022.

Katanya, apabila  LRA itu siap bulan hadapan ia mampu menampung keperluan seramai 25,000 penduduk di jajahan tersebut dengan berkapasiti 10 juta liter air sehari. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN