KUALA KRAI: Pengurusan Aset Air Bersih (PAAB) memperuntukkan kira-kira RM1 billion kepada Kelantan untuk kerja-kerja penggantian paip uzur, pembinaan loji rawatan air (LRA) dan sistem agihan bekalan air di seluruh negeri ini. Pengerusinya, Datuk Seri Jaseni Maidinsa berkata, peruntukan besar itu merangkumi pembinaan LRA baharu di Machang dan Tanjung Mas (Kota Bharu) bernilai RM600 juta dengan berkapasiti air sebanyak 120 juta liter sehari. Katanya, baki peruntukan sebanyak RM400 juta digunakan…