GEORGE TOWN : Seorang remaja perempuan bawah umur bersama tiga lelaki mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di Jelutong, minggu lepas. Kesemua tertuduh iaitu Abdul Hakim Mohd. Amin, 22; Muhammad Loqman Nasri, 22; Muhammad Amsyar Md Asraf, 20; dan remaja terbabit yang berusia 15 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim…