PETALING JAYA: Polis mengesahkan waris remaja autisme yang ditemukan bersendirian di tengah laluan motosikal di Kilometer 43.2 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat sini pada Jumaat lalu sudah berjaya dikesan semalam. Satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur untuk mengambil remaja berusia 14 tahun itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pukul 10 malam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati…