GEORGE TOWN: Ugutan siber membabitkan kandungan pornografi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dihantar kepada beberapa wakil rakyat dipercayai datang daripada rangkaian e-mel yang sama. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan awal mendapati, modus operandi penjenayah siber itu mungkin menggunakan maklumat rasmi yang diperoleh secara terbuka di laman sesawang Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Setakat ini, kebanyakan penerima ugutan adalah lelaki dan saya belum menerima…