PASIR SALAK: Penduduk di kawasan yang jauh dari pekan atau stesen minyak seperti di Seberang Perak di sini mungkin tidak dapat dinikmati sepenuhnya pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95). Ini kerana tiada kemudahan stesen minyak terdekat selain penduduk sudah biasa membeli minyak dalam botol yang dipam secara manual sejak dahulu lagi. Kaedah itu menjadi sebahagian daripada rutin harian masyarakat setempat yang tinggal jauh dari bandar terdekat seperti pekan…