Raja Muda Selangor tinjau raptai perarakan istiadat pernikahan

Raja Muda Selangor tinjau raptai perarakan istiadat pernikahan

Raja Muda Selangor
TENGKU Amir Shah berkenan berangkat meninjau dan menyertai raptai penuh istiadat perarakan pernikahan baginda yang bermula dari Galeri Diraja di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan meninjau dan menyertai raptai penuh istiadat perarakan pernikahan baginda di sini, hari ini.

Perarakan sejauh kira-kira 650 meter bermula dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hingga ke Istana Alam Shah itu diiringi Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor.

Tengku Amir Shah diarak dengan menaiki kenderaan istana Rolls Royce A1 sebelum sesi diteruskan di Istana Alam Shah bagi raptai istiadat pernikahan.

Pada raptai bermula kira-kira pukul 9 pagi itu, sebanyak dua das tembakan meriam dilepaskan. Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Ahmad dan Datuk Bandar Klang, Datuk Abd. Hamid Hussain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN