GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mewartakan pindaan sempadan bandar ketika ini dengan memperluaskan sempadan sepuluh bandar sedia ada selain mewujudkan 25 bandar baharu di seluruh negeri. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat melalui Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang No. 36 bertarikh 4 September 2025 selaras dengan peruntukan seksyen 11(ca) dan 11(d) Kanun Tanah Negara (Akta 828). “Pindaan tersebut melibatkan lebih 210,000 hak milik tanah dan 184,000 hak…









