PSNP hantar pemain timba pengalaman di Thailand - Utusan Malaysia

PSNP hantar pemain timba pengalaman di Thailand

PASUKAN Perak Bison meraikan kejayaan muncul juara STL GP Perak di Ipoh baru-baru ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PSNP) bercadang menghantar pemain menyertai kelab luar negara, khususnya di Thailand tahun depan.

Setiausaha PSNP, Mohd Jaffrey Mohd Zainol berkata, pihaknya sudah ada hubungan rapat dengan Kelab Polis Thailand.

“Persatuan berharap musim depan dapat menghantar pemain ke negara itu untuk mendapatkan pendedahan,” katanya.

Mengulas pencapaian musim ini, beliau yang juga Pengurus Perak Bison berkata, pada awalnya hanya menyasarkan kedudukan empat terbaik Liga Sepak Takraw (STL) bagi membolehkan pasukan layak ke Piala Juara-juara.

Beliau berkata, bagaimanapun, momentum luar biasa yang dipamerkan pemain pada pusingan kelima STL telah melonjakkan mereka sebagai juara keseluruhan.

“Kita kejar kejuaraan itu sampai ke penghujung dan akhirnya muncul juara STL. Kita layak ke Piala Juara-Juara dan berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga,” katanya.

Mengenai Piala Tun Ali, Mohd Jaffrey berkata, ia merupakan kejohanan tahunan berprestij sukan sepak takraw yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik negara dari 3 hingga 9 November depan di Melaka.

Katanya, sasaran Bison sekurang-kurangnya mara ke perlawanan akhir Piala Tun Ali sebagai kesinambungan kejayaan pasukan itu meraih gelaran juara STL musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN