PETALING JAYA: Tindakan pemecatan ahli UMNO Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berisiko menggugat peluang kemenangan Barisan Nasional (BN) sekali gus melemahkan keyakinan pengundi terhadap parti itu. Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azhar Abd. Hamid berkata, meskipun langkah itu bertujuan menghalang sabotaj dalaman namun boleh menimbulkan persepsi bahawa UMNO sedang bergolak. “Pengundi di Sabah lebih mengutamakan perpaduan dan pembangunan berbanding politik konfrontasi maka…