PRN Sabah: BN terbuka kerjasama parti lain tapi bukan GRS

PRN Sabah: BN terbuka kerjasama parti lain tapi bukan GRS

AHMAD Zahid cuba mencanting atau mewarna batik di salah sebuah kiosk IKONDESA@Putrajaya. - UTUSAN/HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, namun tidak dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mengenai perkara itu telah pun dimuktamadkan.

“Kita sebut bahawa BN-PH (Pakatan Harapan) ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’. Ertinya kita bersedia bersama dengan mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita.

“GRS kita sudah muktamadkan kerana mereka yakin mereka mampu menang banyak. Jadi mereka tidak memerlukan BN. Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran IkonDesa di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada PRN17 Sabah.

Menurutnya, GRS memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada pilihan raya itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keterbukaan BN untuk bekerjasama dengan parti lain itu adalah untuk mengelakkan pertindahan kawasan yang memiliki tahap kebolehmenangan tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN