PETALING JAYA: Malaysia adalah kanvas penuh warna kerana memiliki kepelbagaian perayaan, tradisi dan personaliti.
Tanggal 16 September setiap tahun turut menyerlahkan identiti negara kerana rakyat meraikan ulang tahun penubuhan Malaysia dengan kreativiti masing-masing.
Sempena sambutan Hari Malaysia itu juga, vivo mengajak anda merakam gaya peribadi dan kebanggaan budaya dengan vivo V60 yang kini tampil bersama ZEISS Telephoto Stage Portrait Modes termasuk 10x ZEISS Telephoto Stage Portrait yang mampu mengezum sehingga 100x.
Telefon pintar ini bukan sekadar kamera, ia adalah medium untuk mengabadikan suasana, gaya dan karakter.
Dengan panjang fokus baharu 85mm dan 100mm dalam ZEISS Multifocal Portrait Modes, setiap perincian terpapar jelas daripada sulaman halus kebaya, corak flora kurung moden hinggalah ke garis elegan cheongsam.
Ia menonjolkan keunikan individu sambil menghargai akar budaya.
Gaya Anda, Identiti Anda
Foto pertama pada 26mm menampilkan tiga sahabat dalam busana tradisi kontemporari, mencerminkan personaliti ceria dan daya tarikan mereka.
Sudut lebar ini bukan sahaja merakam suasana, malah memastikan tona kulit serta corak pakaian ditonjolkan secara semula jadi dan jelas.
Ia sekali gus mengangkat simbol persahabatan rakyat Malaysia serta kepelbagaian budaya yang dizahirkan melalui fesyen.
Apabila beralih ke 85mm, perspektif baharu terhasil. Potret lebih dekat ini menyerlahkan tekstur fabrik, keyakinan senyuman dan kedalaman latar belakang.
Renda kebaya merah jambu, kilauan lembut cheongsam, dan motif bunga kurung kelihatan hidup, mencipta naratif yang menghubungkan dunia moden dengan warisan lama.
Keistimewaan utama vivo V60 ialah 10x ZEISS Telephoto Stage Portrait yang membolehkan pengguna merakam persembahan pentas dengan jelas seolah-olah duduk di barisan hadapan.
Ekspresi wajah, tekstur pakaian dan tenaga persembahan terpancar dalam setiap imej. Dengan algoritma eksklusif vivo, hanya satu sentuhan pada Stage Style sudah cukup untuk menghasilkan foto pentas yang sempurna.
Turut ditawarkan, ZEISS Multifocal Portrait Modes dengan lima panjang fokus potret berinspirasikan kamera profesional.
Diperkaya dengan ZEISS Style Bokeh, ia memberi peluang kepada pengguna menghasilkan potret sinematik yang mempesona.
Dari 10x ZEISS Telephoto Stage Portrait Hingga 100x, Setiap Butiran Kekal Hidup
Sama ada ketika menggunakan 10x ZEISS Telephoto Stage Portrait atau mendorong kemampuan sehingga 100x, kombinasi sensor besar dan algoritma pintar hasil inovasi vivo memastikan setiap butiran kekal jelas, tajam dan realistik.
Inilah fotografi mudah alih yang bukan sekadar merakam wajah, tetapi jiwa dan cerita di sebaliknya.
Potret Kehidupan Malaysia dari Pasar Malam hingga Lorong Warisan
Setiap rakyat Malaysia mempunyai kisah unik untuk diceritakan daripada hiruk-pikuk pasar malam hingga ke keindahan tenang lorong warisan. vivo V60 dicipta untuk merakam cerita tersebut dalam bentuk paling autentik.
ZEISS Multifocal Portrait Modes 85mm dan 100mm sangat sesuai untuk menonjolkan fesyen serta aksesori, mempamerkan kualiti seni dan ketelitian setiap rekaan pakaian.
Sementara itu, 10x ZEISS Telephoto Stage Portrait membolehkan anda menangkap ekspresi spontan dan detik berharga dari jauh, menjadikan setiap foto lebih jujur dan hidup.
Ketepatan warna pula menjadi tanda keunggulan vivo V60. Daripada rona pastel lembut pakaian tradisi hingga ke tona garang gaya jalanan, semuanya dipaparkan setia seperti warna sebenar.
Setiap foto akhirnya menjadi lebih daripada sekadar gambar, ia adalah arkib peribadi yang merakam budaya, identiti dan kebanggaan.
Hari Malaysia, Kisah Anda
Hari Malaysia adalah simbol perpaduan, warisan dan keindahan menjadi diri sendiri. Dengan vivo V60, setiap potret yang anda rakam dan kongsi adalah suara dalam kisah Malaysia.
Sama ada gaya tradisional turun-temurun atau penampilan moden yang membawa nafas baharu kepada budaya, vivo V60 dengan ZEISS Multifocal Portrait Modes ialah teman terbaik untuk menyerlahkan Malaysia versi anda.
Malaysia anda, gaya anda – dirakam dengan kejelasan ZEISS. – UTUSAN