ALOR SETAR: Polis memburu dua suspek bersenjata pisau dipercayai menyamun seorang pekerja warga asing sebuah kilang memproses ayam di Simpang Empat, Jalan Kangkong di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang kerugian wang tunai RM50 dalam kejadian pada pukul 7 malam itu. “Ketika kejadian mangsa berjalan menuju ke tempat kerja dari asrama yang terletak berdekatan sebelum didatangi…