PETALING JAYA: Hujan lebat dan ribut yang melanda Lembah Klang menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air manakala pokok tumbang sehingga berlaku kesesakan trafik. Menurut Pusat Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), aliran trafik mula perlahan di jalan utama Kuala Lumpur akibat cuaca hujan lebat dan menyebabkan air bertakung serta pokok tumbang di beberapa lokasi Pusat Bandar. Antara lokasi terjejas susur Travers hala Parlimen yang menjadi punca kesesakan…