PETALING JAYA: Platform Perdagangan Digital MADANI (MDT) merekodkan penyertaan hampir 4,000 syarikat tempatan dalam usaha memacu transformasi perdagangan rentas sempadan negara sejak dilancarkan Mac lalu. Platform berasaskan teknologi data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan itu dilihat sebagai pemangkin baharu kepada fasilitasi eksport, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, platform MDT memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing Malaysia di…