Perak Bison perkukuh persediaan STL Trofi Juara-juara - Utusan Malaysia

Perak Bison perkukuh persediaan STL Trofi Juara-juara

PERAK Bison muncul juara STL GP Perak di Ipoh baru-baru ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak Bison mempertingkatkan kemampuan pasukan bagi menghadapi Liga Sepak Takraw (STL) Trofi Juara-juara di Seremban bermula esok.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PSNP), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, rombakan perlu dilakukan bagi memastikan Perak Bison lebih padu dalam saingan yang disertai 10 pasukan itu.

“Kita bukan hanya akan menghadapi saingan pasukan tempatan tetapi juga dari luar negara iaitu India, Thailand, Singapura, Jepun dan Korea,” katanya.

Pada saingan Trofi Juara-juara, Perak Bison diundi dalam Kumpulan A bersama Negeri Sembilan Antlers, Johor Tigris dan wakil India, STF1 India Fighters dan MGPC Singapore.

“Justeru kita perlu perbaiki lagi prestasi untuk menghadapi saingan di peringkat Trofi Juara-juara,” katanya.

Mengulas kejayaan Perak muncul juara keseluruhan STL Premier kali ini, Abdul Puhat berpuas hati dengan persembahan pemain.

Perak Bison dinobatkan juara keseluruhan selepas muncul juara GP Perak dan naib juara di GP Penang baru-baru lalu.

“Secara umum PSNP berpuas hati dengan prestasi pasukan tetapi kemampuan Bison masih boleh dipertingkat,” katanya.

Beliau membayangkan kemungkinan Perak Bison meminjam pemain dari pasukan yang tidak layak ke saingan Trofi Juara-juara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN