JOHOR BAHRU: Seorang penolong pegawai penilaian di Majlis Daerah Labis (MDL) mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan membuat tuntutan pembayaran elaun kerja lebih masa (OT) palsu berjumlah RM17,548.80 sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Tertuduh, Muhammad Fakhrurazie Abd. Razak, 32, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membuat tuntutan elaun kerja OT palsu melibatkan penama seramai lapan…










