SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merompak menggunakan pisau, sejak bulan lalu. Tertuduh, Danish Aiman Ekram Mohd. Fazeri, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan Hakim Roslan Hamid dalam dua prosiding berasingan. Bagaimanapun mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak iaitu maksimum enam tahun namun mengekalkan sebatan sebanyak…