KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan sepasang suami isteri memadamkan hantaran berbaur fitnah di akaun media sosial milik mereka berhubung dakwaan pelakon terkenal, Fattah Amin telah berlaku curang. Pasangan terbabit, Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan Mohd. Hafizzuddin Hamri yang dinamakan sebagai defendan diperintah berbuat demikian selepas Hakim Datuk Anand Ponnudurai membenarkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin selaku…