KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-hailing yang videonya tular kerana hampir merempuh seorang pejalan kaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara merbahaya. Chew Tiong Han, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu secara merbahaya kepada orang awam dengan mengambil kira segala hal keadaan di Jalan Sultan Hishamuddin, di sini, kira-kira…