Pelakon China ditemukan meninggal dunia, dipercayai terjatuh dari tingkat lima - Utusan Malaysia

Pelakon China ditemukan meninggal dunia, dipercayai terjatuh dari tingkat lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular China, Alan Yu Menglongdilaporkan meninggal dunia pada malam semalam di usia 37 tahun.

Alan, yang popular menerusi drama Go Princess Go dan Eternal Love, dipercayai terjatuh dari tingkat lima kediamannya di daerah Chaoyang, Beijing.

Berita itu disahkan pihak pengurusannya menerusi Weibo dengan kenyataan ringkas bahawa siasatan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Namun, pemergiannya yang pantas mencetuskan spekulasi, apatah lagi laporan menyebut bahawa pelakon itu sempat menghadiri perjumpaan tertutup bersama rakan-rakan pada malam sebelumnya.

Kisah tragis itu menjadi bualan hangat netizen, hingga pihak Weibo terpaksa bertindak menyekat akaun yang menyebarkan berita palsu dan khabar angin.

Untuk rekod, Alan dilahirkan di Urumqi, Xinjiang, memulakan langkah seni seawal 2007 sebelum mengukuhkan nama sebagai aktor versatil, penyanyi dan pengarah muzik.

Antara drama popular lakonannya termasuk The Legend Of White Snake, The Moon Brightens For You dan Eternal Night Starry River.

Pemergian Alan Yu bukan sahaja meninggalkan kekosongan dalam dunia hiburan, tetapi juga duka mendalam kepada peminat yang membesar dengan karya-karyanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN