KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja inap desa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan pencerobohan dan mengintai seorang usahawan wanita ketika sedang mandi di sebuah rumah inap desa di Kampung Jeram, Manir, di sini, minggu lalu. Tertuduh, Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan melihat…