PETALING JAYA: Hanya bermodalkan wang rasuah, sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen didapati mampu membuka sebuah kedai emas disyaki hasil diterima mereka dalam tempoh empat tahun melakukan jenayah itu. Dalam tempoh tersebut, suspek dipercayai berperanan mengatur kemasukan warga asing tanpa dokumen lengkap ke negara ini. Hasil siasatan mendedahkan bahawa pasangan berkenaan telah menggunakan nama adik wanita tersebut dan anak mereka sendiri sebagai proksi bagi membuka kedai emas itu…










