KUALA LUMPUR: Seorang pegawai imigresen dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM150,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah memalsukan dokumen Pas Malaysia My Second Home (MM2H) bagi tujuan penyeludupan migran, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Shamsudin Ishak, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan. Hukuman penjara…










