DAEGU: Pasukan Robotik politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih sebanyak 13 pingat pada Kejohanan 30th FIRA RoboWorld and Summit 2025 di Daegu, Korea Selatan sekali gus menjangkau sasaran awal iaitu sebanyak sepuluh pingat. Seramai 16 orang pelajar dan lima pensyarah pengiring dari empat politeknik iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah…