BESUT: Sebuah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) khas di tempatkan di Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, di sini susulan beberapa peristiwa yang melibatkan keselamatan pelancong di Pulau Perhentian, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pasukan khas itu beroperasi setiap tahun bermula Mac hingga Oktober, iaitu musim puncak kehadiran pelancong di pulau-pulau tersebut. “Pasukan SAR ini diketuai oleh Polis Diraja…