ALOR SETAR: Perjuangan Pas tidak boleh hanya sekadar berlegar sekitar satu kelompok supaya selari dengan prinsip ‘Pas for All’. Perwakilan Pas Melaka, Bakri Jamaluddin berkata, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama yang mana menuntut supaya perjuangan mereka tidak hanya berlegar sekitar satu kelompok. Katanya, perlu dirangka satu gerakan yang membawa kesejahteraan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Lagi pula katanya, Pas adalah parti untuk semua, ‘Pas For All’ …