PETALING JAYA: Pas didakwa mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa diketahui kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sikap itu menunjukkan wajah sebenar Pas yang sanggup menukar rakan kerjasama politik demi kelangsungan politiknya. “Dalam diam-diam kita pun tahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah beritahu kita Pas hantar wakil…