KUALA LUMPUR: Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuh prinsip keamanan serantau melalui sokongan legislatif dan diplomasi Parlimen yang aktif. Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran berkata, suara Parlimen boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan dialog, menegakkan undang-undang antarabangsa dan memperkukuh langkah-langkah membina keyakinan. Jelasnya, langkah itu penting kerana dapat mengurangkan ketegangan dan memupuk kepercayaan terutamanya melibatkan kawasan sensitif seperti Laut China Selatan. “Keutamaan ASEAN adalah prinsip panduan kepada struktur serantau kita,…