KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo untuk membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada hujung kes pendakwaan. “Setelah pihak-pihak mengemukakan hujahan dan pihak pendakwaan menutup kes, mahkamah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan satu kes prima facie.…










