KEMAMAN: Laluan dari Kerteh ke Kampung Ranggon di sini, terpaksa ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan kejadian kebocoran paip gas di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, di Kerteh, hari ini. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.53 pagi. “Difahamkan, kebocoran itu melibatkan paip gas jenis butane dalam bentuk gas yang dikenal pasti sebagai bahan…