BUTTERWORTH : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas lebih 125 tan sekerap logam menerusi satu pemeriksaan yang dijalankan terhadap lima kontena di Pelabuhan Butterworth Utara (NBCT) di sini pada 22 Julai lalu. Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, siasatan awal mendapati bahawa borang kastam untuk barangan terbabit telah diikrarkan sebagai komponen elektronik terpakai. “Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menjumpai sekerap logam yang bernilai lebih RM5.29 juta dalam kelima-lima…