Orang ramai boleh semak kelayakan subsidi petrol RON95 BUDI95 hari ini

Orang ramai boleh semak kelayakan subsidi petrol RON95 BUDI95 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan.

Bermula pukul 9 pagi ini mereka boleh berbuat demikian dengan melayari portal rasmi www.budimadani.gov.my yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, portal itu kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan.

Katanya, semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu.

Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam pembaca di pam minyak untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN