Nora Danish dalam fasa bahagia? - Utusan Malaysia

Nora Danish dalam fasa bahagia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang popular, Nora Danish, kini hangat menjadi bualan warga maya selepas tersebarnya khabar angin kononnya dia sudah menemukan pengganti yang dikenali sebagai Mickey Ayo.

Malah netizen semakin berteka teki bila mana satu hantaran di Tiktok baru-baru ini menunjukkan Mickey mengenakan pakaian baju Melayu putih tular sekaligus seakan-akan memberi bayangan mengenai majlis perkahwinannya.

Lebih menambahkan persoalan apabila menerusi hantaran tersebut, turut dipamerkan sebuah kad yang tertera inisial ‘M’ dan ‘N’, berserta tarikh 8 September 2025.

Menariknya lagi, Mickey turut berkongsi beberapa video di Tiktok dengan kepsyen yang menggambarkan perjalanan hidupnya.

“Ini bukan kali pertama aku sarung baju nikah.

“Tapi aku harap kali ini, jadi yang terakhir.

“Mungkin kali ini, cinta bukan yang pertama, Tapi biarlah jadi yang terakhir,” ujarnya.

Peminat dalam pada itu mendoakan yang terbaik meskipun belum ada penjelasan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai status hubungan mereka.

Ramai yang berharap hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan dan berkekalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN