KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak gagal mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh. Hakim Alice Loke Yee Ching menolak permohonan itu atas alasan bekas Perdana Menteri itu gagal membuktikan kes prima facie wujudnya penghinaan mahkamah. Pada 19 Ogos lalu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah Ahmad Terrirudin menghina mahkamah kerana menyembunyikan kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16…