GUA MUSANG: Selepas enam bulan bergadai nyawa meredah arus sungai deras dan melalui jambatan sementara, penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini, termasuk murid sekolah menarik nafas lega apabila pembinaan jambatan kekal masuk ke penempatan itu siap sepenuhnya, kelmarin. Ia susulan pendedahan dibuat oleh Utusan Malaysia sebelum ini yang membantu mempercepat pembinaan jambatan tersebut sekali gus siap lebih awal daripada jadual asal. Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Mohd.…